Monday, 30 September 2019

Gagau

Akan adanya satu ketika
Kau akan gagau mencari jalan pulang
Meraba dalam semi realiti
Untuk tapak maju ke hadapan
Saat itulah hati teriak rapuh lemah hancur
Batin menjerit dahagakan satu pengertian
Tercari cari satu benda yang tidak pasti

Tersungkur pijak jatuh terkejar kejar satu pelangi
Mengagau mengharapkan mentari

Malap hilang terpejam
Pacaindera tutup dosa dosa silam
Mulut yang lantang tiada kosa berhias
Pekak dari suara kedamaian

Mengertilah jiwamu menangis kelemasan
Gagau inginkan jalan untuk pulang

Patahlah tak usah kau teruskan
Berpalinglah cukuplah
Fahamilah
Kasihanilah
Seksa tubuhmu batinmu

Sandarlah ke bahuku
Peluklah kehangatanku
Eratkanlah genggaman jarimu

Akan aku perlahankan waktu untuk kita
Telusuri persisir jalan yang kita bina
Mereka kisah kisah ketawa
Dalam bahagia walau tergigit derita

Ayuh bangkitlah
Kekuatanku pinjamlah
Agar kau mampu berpijak lagi
Sekalah tangis
Cukup sudah ayuh kita menerusi

.thdotcom
2323/113019